Saturday, December 12, 2009

The Journey

DSC_4155

Jari-jemari ni makin lama makin malas nak menaip. Apatah lagi nak menulis nota2 anatomy, biochem, physio yang saban hari semakin banyak yang dipelajari. Sememangnya banyak yang aku pelajari daripada block 1 tentang cara2 pembelajaran dalam dunia medic ni. Caraku belajar suatu masa dahulu tidak lagi dapat diaplikasikan dalam kehidupan baru ini. Satu hari pun aku tidak boleh miss utk meng’update’ setiap topik baru yang dipelajari. Tapi tu pun x selalu buat hehe….

Cuti krismas nanti insyaAllah akan berpindah ke rumah baru bersama-sama reza, ayed, dan chang. Tak sabar2 rasanya nak memiliki sebuah bilik sendiri yang sebelum ni x pernah berpeluang pun berbuat demikian. Dari kecil sampai la sekarang bilik mesti share dengan orang lain. Dulu pun selalu berpindah randah, so nak dapat rasa duk bilik sendiri tu memang susah la. Rumah yang bakal kitorang duduki tu rumah baru lagi, baru je siap, kire first hand la, agak berpuas hati w/pn sewa tu mahal sikit daripada rumah2 sewa lain, tapi x kisah la, yang penting puas hati =) InsyaAllah akan post gambar2 rumah tu nnti.

Sambil2 sibuk belajar ni, sibuk gak la membuat persiapan untuk travel cuti bulan februari tahun depan. Memang excited sangat nak travel w/pn terpaksa berkorban untuk tak balik Malaysia. InsyaAllah lepas habis first year nanti baru balik menjenguk kampung halaman. Group travel ni terdiri daripada 8 orang, 5 laki 3 pompuan. Plan nak round2 seluruh India. Memang la xkan dapat nak pegi semua tempat sekaligus, just pegi tempat2 yang famous dan menarik je. Then, cuti2 yang seterusnya InsyaAllah akan travel luar India pula ^_^

Friday, November 20, 2009

End of Block 1

DSC_2332

Block 1 has ended. Tomorrow will be spotters for anatomy. Then the exam continue on Tuesday, Wednesday, Thursday, and Saturday.

I never ready for the exam. Since this our first block exam, I’ll try my best. I know I don’t read much, but I know I can do it. Maybe this can be a lesson for me to work harder in the next block. It is not like the older time anymore, where everything can be done in last minute. Life as a medic student is very different from what I thought.

Pray for my success =)

Wednesday, November 4, 2009

A Tough Week

DSC_2389

Many things have occurred this week. Although it haven’t been the end of the week yet, but I feel like I know what will happen then. I got 2 tests this week, anatomy and physiology. Then, this Thursday night I have a basketball match against batch 22 for the interbatch competition. But the most important thing that I want to tell here is about a shocking news that I got last two night.

My friend, which was my classmate during my primary school got an accident.

Her car was hit at the back

She was 50-50 when the ambulance arrived

But

Allah lebih menyayangi dia

I never had this feeling. The feeling of ‘losing’ a friend. She used to be my classmate when we were in primary school. I never seen her after I moved out to Sabah when I was 12 years old. Every time I go back there, I was always hoping that I’ll see her. But then, I never get the chance.

And that night, 2/11/2009

I got a news telling that she ‘gone’ already~

Al-Fatihah

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

~Amin~

Sunday, October 11, 2009

Genap sebulan

ray

Alhamdulillah, genap sebulan aku berada ni Manipal ni. Banyak perkara baru aku lalui. Rakan-rakan sekelas pun dah makin ramai aku kenal, termasuk la sorang African yang duduk kat depan aku, nama dia Joshua. Dia cakap rumah dia kat kawasan Madagascar, pulau apa entah. He’s friendly and he got an iphone :P

Then, senior2 pun dah makin ramai kenal, especially batch 21. Diorang semua baik sangat sampai aku pun segan hehe. Dapat kenal dengan ketua photography MMMC magazine. Dia ada D300. Jeles2 :P . Dapat belajar banyak gak tips2 photography, cara nak guna speedlight, jenis2 lens, dan cara nak amik gambar macam gambar kat atas ni, best!

Motor. Perlukah aku ada motor? Kat sini motor memang satu keperluan yang agak penting. Kalau ada motor nak gi mane2 pun senang. Nak naik auto pun bleh je tapi susah ah skit. Tak flexible sangat. Budak2 ni pun dah ramai yang beli motor. So xkisah sangat la, tumpang je diorng hehe. Maybe next year la kot beli. Banyak lagi benda2 menanti dalam wishlist hehe.

Belajar. Hmm medic memang betul2 menguji aku. I’m not the ‘ulat buku’ person. So it’s very hard for me to catch up with the study. Hari2 banyak input yang dapat. Topik yang hari2 sebelum tu pun xfaham habis lagi. Tambah lak yang baru. Memang penat ah. Kelas pun sampai petang. Pastu malam ngantuk. Xtau bila nak study huhu. Tapi kalau orang lain boleh buat, xkan aku xboleh. InsyaAllah dengan lebih usaha dan fokus aku boleh buat. I’ll not disappoint my parents. Diorang mesti menaruh harapan yang tinggi kat aku :)

All the best buat rakan-rakanku yang berada ni India, US, Czech, UK, dan yang menyusul nanti New Zealand.

Wednesday, September 30, 2009

Adaptation

endpoint

Medic ni bukan calang-calang bidang, ada orang cakap bidang ni senang je sebab just perlu baca dan hafal. Tapi itu semua tak betul. Kalau betul la dapat hafal je, memang aku hafal je Chaurasia, Ganong, Lippincott tu. Susah..

Kat India ni, bukan setakat nak baca buku-buku tu je, nak kena faham accent lecturer tu pula. Ada yang senang faham. Ada yang xfaham sepatah pun, kalau dapat tangkap pun sikit-sikit je la.

motor = motar

environment = enviyonment

nerve = nouse

dan macam-macam lagi, kalau x pay attention memang lost la dalam lecture tu

tapi tu semua cuma cabaran dan dugaan dalam menuntut ilmu, kalau kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, InsyaAllah kita boleh buat, dan berjaya dalam bidang masing-masing :)

*gambar di atas adalah view dari padang bola atau lebih dikenali sebagai Endpoint. Gambar ni diambil waktu sunrise :)

Saturday, September 26, 2009

Future

DSC_9968

Dah lebih 2 minggu aku berada di sini

Macam2 benda dah berlaku

Bukan senang nak hidup kat tempat orang. Tapi, kat Manipal ni bleh kre senang la sebab ramai Malaysian, makanan pun banyak yang halal, cakap je nak makan ape, semua ada

Lectures dah start. Cadavers pun dah jumpa. Medic ni bukan calang2 bidang. Dulu rasa ape la sangat blaja medic ni, hafal je, bukan ade subjek Math pun nak kira2. Tapi tu semua tak betul. Kalau xde minat memang susah nak faham. Even nak hafal bulat2 dr buku pn susah dan xde gunanya.

Diri aku ni bukan untuk medic sebenarnya. Lebih kepada yang sebaliknya. So, kre memang high risk la. Minat lain amik lain. Tapi, dalam dunia ni tak semestinya kita ikut ape yg kita nak sahaja. Sampai bila nak berkembang. For me, bila amik medic ni, i get 2 different things. Learn something new and improve my current interests

DSC_0819

Orang biasa cakap budak medic ni ‘nerd’. Belajar je all the time.

I don’t think so. Kenapa nak belajar je sampai pecah kepala. Get something to release the tension.

Disebabkan cita2 masa kecik dl tak kesampaian, so I take it as hobby =)

Sunday, September 20, 2009

Raya Oh Raya

jawo

Dah 20 tahun sambut raya, ni la pertama kali raya bleh ‘cancel’. Tak tahu la macam mana cara pengiraan kat India ni, tau2 je raya tunda hari Isnin, dapat tahu pula time malam raya, makanan semua dah siap, pelik2….

So, kena la puasa lagi sehari. Nak raya esok pun macam tak raya. Semua orang dah hilang mood raya. Takpe la. Maybe ni pengalaman sambut raya macam ni pula. Tak penah2 lagi berlaku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin

=)